Tarikh Pembayaran BR1M ( Bantuan Rakyat 1Malaysia) 2017

Tarikh Pembayaran BR1M ( Bantuan Rakyat 1Malaysia) 2017. Terima Bayaran BR1M 2017 Bantuan Rakyat 1Malaysia. Bilakah tarikh bayaran BR1M 2017? Dalam pembentangan Bajet 2017, Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) akan diteruskan pada tahun 2017 dengan jumlah bantuan dinaikkan. Mengikut rekod pembayaran tahun-tahun lepas, tarikh Pembayaran BR1M 2017 telah dibuat secara ansuran sebanyak 4 kali kecuali kategori bujang hanya sekali. Namun untuk tahun 2017, pembayaran akan dibuat sebanyak 3 kali ansuran kecuali kategori bujang.

Tarikh Pembayaran BR1M 2017 Bantuan Rakyat 1Malaysia

tarikh-pembayaran-br1m-2017

Berikut dikongsikan jadual/ tarikh pembayaran BR1M 2017 yang akan dikemaskini dari masa kesemasa. Tarikh Permohonan dan kemaskini BR1M 2017 boleh dibuat bermula dari 5 Disember hingga 31 Disember 2016. Permohonan telah dilanjutkan dari 1 Januari sehingga 13 Januari 2017.

1. Kategori e-Kasih (Pendapatan Bulanan di bawah RM1,000 sebulan) : Jumlah Bantuan RM1200

Daftar Borang eKasih
  1. Ansuran Pertama : Februari 2017 : RM400 (RM250 :28 Januari 2016)
  2. Ansuran Kedua : Jun 2017 : RM400 (RM250 : 28 April 2016)
  3. Ansuran Ketiga : Ogos 2017 : RM400 (RM300 : 15 Jun 2016 - sempena Hari Raya Aidilfitri) (23 Jun 2016)
  4. Ansuran Keempat : Tiada (RM250 : 28 September 2016)
2. Kategori Pendapatan Bawah RM3k : Jumlah Bantuan RM1,200
  1. Ansuran Pertama : Februari 2017 : RM400 (RM250 : 28 Januari 2016)
  2. Ansuran Kedua : Jun 2017 : RM400 (RM250 : 28 April 2016)
  3. Ansuran Ketiga : Ogos 2017 : RM400 (RM250 : 15 Jun 2016 - sempena Hari Raya Aidilfitri) (23 Jun 2016)
  4. Ansuran Keempat : Tiada (RM250 : 28 September 2016)
3. Kategori Pendapatan RM3k Hingga RM4k : Jumlah Bantuan RM900
  1. Ansuran Pertama : Februari 2017 : RM300 (RM200 : 28 Januari 2016)
  2. Ansuran Kedua : Jun 2017 : RM300 (RM200 : 28 April 2016)
  3. Ansuran Ketiga : Ogos 2017 : RM300 (RM200 : 15 Jun 2016 - sempena Hari Raya Aidilfitri) (23 Jun 2016)
  4. Ansuran Keempat : Tiada (RM200 : 28 September 2016)
4. Kategori Individu Bujang Pendapatan Bawah RM2k : Jumlah Bantuan RM450

Februari 2017 : RM450 (RM400 pada 28 Januari 2016)

Maklumat dalam kurungan adalah info tarikh pembayaran tahun 2016

Bagi Skim Khairat Kematian pula, pemberian sebanyak RM1000 akan diteruskan.

Kaedah Cara Pembayaran BR1M 2017

* Akan dikemaskini

1. Akaun Bank

Pembayaran akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank penerima untuk pemohon yang menyatakan no akaun bank semasa memohon.

2. Baucar BR1M

Pemohon yang tiada akaun bank akan menerima baucar bayaran BR1M. Ianya boleh ditunaikan di bank seperti Bank Simpanan Nasional (BSN), CIMB atau Maybank.

Hotline BR1M

Untuk sebarang masalah atau pertanyaan mengenai BR1M 2017, boleh hubungi:
Nombor hotline Kementerian Kewangan Malaysia 03-8882 4565 / 03-8882 4566
Nombor bebas tol Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) 1-800-88-2716
Email kepada br1m@treasury.gov.my.

Sumber :
http://www.panduanmalaysia.com/

Semoga Panduan Tarikh Pembayaran BR1M 2017 Bantuan Rakyat 1Malaysia ini bermanfaat buat semua penerima BR1M.

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Tarikh Pembayaran BR1M ( Bantuan Rakyat 1Malaysia) 2017"

Posting Komentar