Permohonan UPU 2017/ 2018 Online UA ILKA Dan Politeknik

Borang Permohonan UPU 2017/ 2018 Online UA/IPTA ILKA Dan Politeknik. Permohonan UPU online? Perhatian buat para pelajar yang berhasrat untuk membuat permohonan melanjutkan pelajaran ke UA/ IPTA, Politeknik dan ILKA sesi 2017/ 2018 online. Berikut adalah panduan beli pin unik UPU di BSN, tarikh penting berserta link borang permohonan berkenaan dengan Permohonan UPU secara online untuk kemasukan pelajar ke Universiti Awam (UA)/ Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Politeknik Premier.
Untuk makluman, tarikh dan panduan permohonan akan dikemaskini selepas pengumuman rasmi diumumkan oleh UPU. Tarikh pembelian pin unik UPU di BSN akan dibuka pada 6 Februari 2017
permohonan-upu-2017-politeknik

PERMOHONAN UPU KE IPTA SESI 2017/ 2018 ONLINE 

Maklumat permohonan akan dikemaskini dari masa kesemasa.

Tarikh Penting Permohonan UPU 2017

Berikut adalah tarikh penting untuk permohonan kemasukan sesi 2017/ 2018 yang boleh dijadikan panduan buat bakal pemohon/ pelajar.

Pembelian PIN Unik ID UPU Di BSN
  • Tarikh mula jual : 6 Februari 2017
  • Tarikh Tutup penjualan : 30 Mac 2017 
JENIS PERMOHONANLINKTARIKH BUKATARIKH TUTUP
MELALUI UPU UNTUK KE IPTA, POLITEKNIK, ILKA Applikasi Permohonan UPU 2017 (Akan dikemaskini)

Laman Web UPU Online
6 Februari 2017 (1200 tengahari)31 Mac 2017
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM)Melalui UPU Online6 Februari 2017 (1200 tengahari)31 Mac 2017
UNIVERSITI MALAYA (UM)Melalui UPU Online6 Februari 2017 (1200 tengahari)31 Mac 2017

Tarikh Penting Permohonan UPU Lepasan SPM dan STPM/ Setaraf 

Terdapat perbezaan dalam permohonan UPU 2017 kali ini.
Berikut adalah tarikh penting dan maklumat penting permohonan ke Universiti Awam, Politeknik Premier, Politeknik Konvensional, Metro, Kolej Komuniti dan ILKA.
  1. 6 Februari 2017 : Permohonan UPU online dibuka dan mula jualan No Unik ID 
  2. 30 Mac 2017 : Tarikh tutup jualan No unik ID di BSN 
  3. 31 Mac 2017 : Tarikh tutup permohonan UPUonline

NOTA PENTING

Permohonan ke Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Malaya (UM) untuk kepasan STPM/ setaraf adalah melalui UPU online

Senarai Lepasan SPM/ Setaraf
  • Lepasan SPM
  • Sijil SKM
  • Sijil ILKA
  • Sijil Kolej Komuniti
8 pilihan program pengajian untuk kemasukan UA dan Politeknik Premier

5 pilihan program pengajian untuk kemasukan Politeknik Konvensional, METro, Kolej Komuniti dan ILKA.
  1. Lepasan STPM/ setaraf
  2. STPM
  3. Matrikulasi
  4. STAM
  5. Asasi
12 program pengajian untuk kemasukan UA.
Rayuan Permohonan (1 dan 2)
  • Tawaran dalam pilihan sahaja (pilihan 1 hingga 12)
  • Jika gagal, mohon 4 pilihan baru dalam rayuan
  • Keputusan rayuan 1 sebelum pendaftaran pelajar baru
  • Jika gagal rayuan 1, calon dipertimbangkan untuk rayuan 2 tertakluk kepada kekosongan
Cara Hubungi UPU

Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut sila hubungi UPU di talian helpline (03) 8870 8200, (03) 88706767 atau (03) 8870 6777. Untuk makluman, talian helpline UPU hanya beroperasi pada hari bekerja sahaja bermula dari jam 7.30 pagi sehingga 5.30 petang.

Pemohon juga boleh melayari Portal Rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (UPU) di http://upu.mohe.gov.my/. Maklumat lain UPU juga boleh dilayari di :-
  • FACEBOOK Kemasukan BPKP JPT - FB rasmi UPU
  • INSTAGRAM @kemasukanbpkp
  • TWITTER @twt_upu
Sumber :
http://www.panduanmalaysia.com/2015/12/permohonan-upu-2016-2017-online-ipta-politeknik.html
Oleh itu kepada pemohon yang berminat dan layak, sila bookmark page ini untuk maklumat lanjut permohonan UPU 2017/ 2018 online.

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Permohonan UPU 2017/ 2018 Online UA ILKA Dan Politeknik"

Posting Komentar