Panduan Permohonan Kemasukan Pelajar Universiti Awam Lepas SPM/STPM Setaraf Tahun 2016/2017

Panduan Permohonan Kemasukan Pelajar Universiti Awam Lepas SPM/STPM Setaraf Tahun 2016/2017. Tempo Lalu sudah saya infokan mengenai Permohonan UPU Tahun 2016/2017. Berikut adalah panduan penting seputar Panduan Pendaftaran Kemasukan Pelajar SPM/STPM Setaraf Tahun 2016/2017. Anda bisa mengikuti Panduannya Berikut ini;

Panduan Permohonan Kemasukan UPU Tahun 2016/2017

Untuk Daftar Permohanan SPM/STMP UPU Online anda bisa langsung Ikuti Petunjuk dibawah ini;
1. Sila masuk Laman Utama Pendaftaran UPU Online :
2. Ikuti Petunjuk Gambar Berikut;
Panduan Pendaftaran UPU Online
3. Pada Laman Log Masuk, pemohon perlu memasukkan ‘No Kad Pengenalan’, ‘Kata Laluan’ dan ‘Pilihan Lepasan’ untuk Log Masuk ke dalam Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar.
Nota : Sebagai panduan, Sila klik pada ikon ( ? ) di sebelah kanan bagi mengetahui maklumat lanjut
Panduan Daftar SPM/STPM UPU 2016/2017
PERINGATAN !!!
  1. Pemohon hendaklak membuat ‘DAFTAR KALI PERTAMA’ bagi membolehkan pemohon Log Masuk dan seterusnya melakukan permohonan kemasukan ke ke UA/ Politeknik Premier, Politeknik Konvensional/ METrO, Kolej Komuniti dan ILKA
  2. Sila pastikan komputer yang anda mempunyai perisian Adobe Acrobat Reader bagi tujuan
  3. mencetak Slip Permohonan. Jika tiada perisian ini, sila layari laman web http://get.adobe.com/reader dan instalasi perisian tersebut sebelum mengemukakan permohonan.
  4. Pemohon dinasihatkan agar mengemukakan permohonan secara berasingan.
  5. Pemohon dikehendaki menyelesaikan permohonan terlebih dahulu sebelum mengemukakan permohonan untuk calon lain.
4. Pada ruangan ‘Daftar Kali Pertama’, pemohon perlu menentukan dan memilih ‘Jenis Permohonan’, ‘Program Pengajian’ dan Kategori yang layak dipohon. Panduan bagi pilihan tersebut akan dipaparkan setiap kali pilihan dilakukan.
5. Pemohon wajib mengisi ‘No. Kad Pengenalan/MyKAD’ sebenar tanpa tanda ‘-‘. Pastikan No. Kad Pengenalan yang dimasukkan adalah BETUL mengikut kad pengenalan anda.Sebarang kesilapan boleh menjejaskan permohonan anda. Contoh: 123456789101.
6. Bagi Lepasan SPM/Setaraf, pemohon wajib mengisi ‘No. Kad Pengenalan/MyKAD’ semasa pendaftaran peperiksaan juga tanpa tanda ‘-‘. Maklumat ini penting sekiranya No. Kad Pengenalan/Mykad yang digunakan semasa pendaftaran peperiksaan berbeza dari No Kad Pengenalan sebenar.
7. Pemohon wajib mengisi ‘No.Unik ID’. Nombor ini boleh dibeli di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) sebagai nombor pin keselamatan untuk mengisi boring permohonan ini.
8. Pemohon wajib mengisi ‘Alamat E-Mail. Masukkan Alamat E-Mail yang Sah.
9. Pemohon wajib mengisi ‘Nama Ibu’. Masukkan nama yang ringkas dan mudah diingati.
10. Pemohon wajib mengisi ‘Kata Laluan’. Kata laluan mestilah terdiri daripada gabungan nombor dan huruf atau angka dan huruf di antara 6-8 aksara. Contoh: abc123/123abc/a123b.
11.Pemohon wajib mengisi ‘Pengesahan Kata Laluan’ sama seperti kata laluan yang telah dimasukkan di atas.
Laman Permohonan SPM/STPM
12.  Pemohon diwajibkan memilih kategori yang betul. Untuk makluman, sila rujuk ‘[Info Kategori]’.
13. Pemohon wajib mengisi ’Kod Keselamatan’. Pastikan kod yang dimasukkan sama seperti yang tertera. Sekiranya kod yang dipaparkan kurang atau tidak jelas, sila klik butang Refresh pada browser anda.
14. Setelah selesai mengisi ruangan daftar sila klik ‘Daftar’ untuk menyelesaikan pendaftaran.

Demikian Panduan Permohonan Kemasukan SPM/STPM Setaraf Tahun 2016/2017 semoga membantu

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Panduan Permohonan Kemasukan Pelajar Universiti Awam Lepas SPM/STPM Setaraf Tahun 2016/2017"

Posting Komentar